Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Eidil Fitri

Selamat Hari Raya Eidil Fitri kepada semua kenalan-kenalan saya, tida kira meraka yang dari kakitangan Kolej Perindu, kakitangan HEP & Alumni UiTM seluruh Malaysia, penyarah E-PJJ (SR221), rakan-rakan sekuliah. Mohon Ampun Maaf Zahir dan Batin, atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakan selama ini.

Saturday, September 6, 2008

Aktiviti Sewaktu Bulan Ramadan

Kebiasaannya yang biasa kita ketahui dalam bulan Ramadan ni semua aktiviti fizikal boleh dikatakan terhenti atau dikurangkan. Ada dikalangan kita berbuat demikian kerana menghormati bulan puasa yang mulia. Mungkin ada dikalangan kita akan bangun malam untuk melakukan amal ibadah.

Pendapat saya adalah kalau kita terus melakukan aktiviti seperti biasa pun rasanya tiada masalah kerana orang berpuasa ni ia mempunyai kekuatan mental yang tersendiri. Ia bergantung kepada psikologi individu itu sendiri.

Sewaktu saya masih aktif bersukan 10 tahun lalu, pada waktu lunch hour saya dan rakan-rakan saya masih boleh bermain badminton. Keletihan itu memang terasa tetapi kerana psikologi dan minat yang kuat pada ketika itu masalah keletihan dapat di atasi.

Sekarang rasanya teringi nmelakukanya lagi, dengan harapan dapat kurangkan berat badan, mengekalkan kesihatan, kecergasan disamping menjalani ibadah puasa.