Monday, December 22, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

Enam hari lagi kita akan menyambut Maal Hijrah 1430, jadi diucapkan semua para pensyarah FSSR yang beragama Islam, rakan-rakan sekuliah, dan kakitangan fakulti dan UiTM umumnya.
Semoga kita dapat tingkatkan iman, amal dan ihsan serta tabah menghadapi hari-hari mendatang, Insyaallah. Jumpa lagi nanti di seminar akan datang.

Monday, December 15, 2008

Keputusan Peperiksaan Nov 2008

Kepada kawan-kawan keputusan peperiksaan Nov 2008 akan keluar pada 17 atau 18 Disember ini. Harap kawan-kawan SR221 dapat capai keputusan yang baik unutk semester ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para pensyarah yang mengajar pada semester yang lepas terutamanya Pn Siti Aisyah, Cik Azlina Zid, Encik Hamdan Ahmad dan Pn Rezziana yang banyak memberi bimbingan dan tunjukajar.

Kepada kawan-kawan kuatkan tekad dan semangat unutk teruskan perjuangan pada semester hadapan.

KONTRAK COACH SATHIA DISAMBUNG

Akhirnya terjawablah persoalan mengenai siapakah jurulatih ayang akan melatih pasukan kebangsaan unutk tempoh setahun akan datang. Kebimbangan akhirnya terlerai.

Sebelum ini terdapat khabar FAM akan mengambil bekas jurulatih pasukan Indonesia dan Thailand, iaitu Peter White untuk melatih pasukan kebangsaan. Bayaran yang ditawarkan cukup tinggi dan lumayan.

Penulis sebenarnya tidak berapa setuju dengan cadangan untuk membawa jurulatih daripada luar buat masa ini. Kita perlu beri masa dan peluang kepada Sathia untuk bangunkan pasukaannya. Adalah agak sukar untuk bangunkan pasukan dalam masa yang singkat, lain lah sekiranya pasukan pelapis kita ada memang cukup mantap. Maksudnya disini kejayaan unutk pasukan kebangsaan bukan bergantung hanya kepada pasukan utama sahaja tetapi pasukan pelapis juga harus mantap denga pemain yang mampu bersaing pada peringkat tinggi pada bila-bila masa.

Sebelum ini kita lihat Sathia berjaya membentuk pemain pasukan bawah 23 tahun, sepatutnya selepas pemain ini diserap kepada pasukan utama perlu ada pelapis pemain yang mampu mencabar pemain utama sekarang ini.

Berkenaan hasrat ambil jurulatih luar, rasanya FAM dah ada pengalaman sebelum ini ambil jurulatih luar dang kebanyakannya tidak mencapai keputusan yang diharapkan. Bagi pasukan hoki juga berlaku perkara yang sama. Kita ambil jurulatih kelas dunia Terry Walsh (Hoki), Paul Lissek (Hoki), Park Jo Bong (Badminton) dan ramai lagi tetapi keputusanya agak mengecewakan sama seperti kita gunakan jurulatih tempatan.

Rasanya kita kena kaji kelemahan kita dan cuba atasi dengan cara kita sendiri kerana kita dah ada kemahiran ddan kepakaran dalam Pengurusan Sains Sukan, Pengurusan Sukan, Pemakanan Atlit Sukan dan sebagainya, dan perlu perbanyakkan penyelidikan dalam bidang pembangunan sukan.

SUKAN UNIVERSITY ASEAN 2008

Upacara Perasmian Pembukaan Sukan Universiti Asean (SUA 2008) telah berlangsung dengan cukup meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Disember 2008 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semuanya yang telah bertungkus lumus berpadu tenanga mempastikan UiTM berjaya melaksanakan upacara perasmian pembukaan dan penutup.

Saya berasa cukup bangga kerana terlibat juga dengan sukan ini sebagai pemantau Jawatankuasa Makanan untuk para sukarelawan sukan seblum dan semasa sukan berlangsung.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi saya kerana kalau tidak ia sendiri akan mencacatkan imej universiti dan negara.

Pertamanya semasa perbarisan masuk kontinjen tuan rumah Malaysia, kelihatan para atlit agak tidak tersusun dan terurus, terutama dibahagian belakang. Ada segelintir atlit terlalu teruja sedangkan ini baru majlis perasmian, belum menang apa-apa pingat lagi. Harap ketua kontinjen dapat beri perhatian perkara ini. Kita sedia maklum semangnya kintinjen kita agak besar.

Keduanya sebaik selesai acara untuk majlis perasmian, para sukarelawan yang terlibat dengan persembahan di tengah padang tidak diarah segera meninggalkan lapangan. Mereka kelihatan buat hal masing-masing disitu. Oleh yang demikian, persembahan yang amat baik dipersembahkan menjadi tercemar kerana tidak diurus dengan baik di peringkat akhir. dengan Sepatutnya sebaik selesai persembahan, sukarelawan di arah meninggalkan lapangan, selepas itu barulah dibenarkan bersurai.

Adalah moleh sekiranya kita dapat tunjukkan semangat dan disiplin yang tinggi dalam membuat apa jua pekerjaan untuk memdapaykan hasil yang baik dan berkualiti disamping menaikkan imej negara kita.