Friday, November 20, 2009

Selamat Hari Raya Eidil Adha

Musim haji kembali lagi, alhamdulilah syukur kepada Allah kepada sahabat-sahabat kita yang telah terpilih menjadi tetamuNya pada tahun ini. Sahabat-sahabat saya iaitu En. Ariffin dan En. Roslan saya doakan selmat menunaikan ibadah haji semoga mendapat haji mabrur.

Kita di Malaysia pla, ramai yang sibuk untuk membuat korban. Tahun ini keluarga mertua saya sekali lagi telah berpakat untuk buat korban di kampung dekat Lenggong. Tahniah kepada Abg. Din kerana berjaya lead perkara yang baik seperti ini. Semoga ibadah yang ikhlas diterima oleh Allah.

Besok, saya sekeluaraga akan ke Manjong kerana ada kenduri kahwin sebalh bapa saudara isteri. Dalam masa yang sama saya nak ambil kesempatan menziarah sepupu saya yang ada di sana yang beberapa bulan lalu buat kenduri kahwin tetapi keluarga saya sendiri tidak dapat hadir kerana beberapa masalah yang tidak dapat di elakkan.

Thursday, April 23, 2009

Lama tak ketemu

Alhamdulillah, segara rasanya pada pagi Jumaat ni...dah lama tak jenguk blog ni...tapi pagi ni baru ada kesempatan..itu pun sebab Dr. Kwame minta sent salinan kerja-kerja yang telah diberikan dalam semester ni.....final paper unutl SRL 601 pula pada hari Isnin (27/4) jadi kena juga hantar pada hari ini juga...

Buat kawan-kawan yang membaca blog ni....good luck for you final exam.....study smart...jangan nak membuta je....semoga kita jumla lagi pada semester hadapan...