Friday, November 20, 2009

Selamat Hari Raya Eidil Adha

Musim haji kembali lagi, alhamdulilah syukur kepada Allah kepada sahabat-sahabat kita yang telah terpilih menjadi tetamuNya pada tahun ini. Sahabat-sahabat saya iaitu En. Ariffin dan En. Roslan saya doakan selmat menunaikan ibadah haji semoga mendapat haji mabrur.

Kita di Malaysia pla, ramai yang sibuk untuk membuat korban. Tahun ini keluarga mertua saya sekali lagi telah berpakat untuk buat korban di kampung dekat Lenggong. Tahniah kepada Abg. Din kerana berjaya lead perkara yang baik seperti ini. Semoga ibadah yang ikhlas diterima oleh Allah.

Besok, saya sekeluaraga akan ke Manjong kerana ada kenduri kahwin sebalh bapa saudara isteri. Dalam masa yang sama saya nak ambil kesempatan menziarah sepupu saya yang ada di sana yang beberapa bulan lalu buat kenduri kahwin tetapi keluarga saya sendiri tidak dapat hadir kerana beberapa masalah yang tidak dapat di elakkan.

No comments: