Wednesday, July 23, 2008

Masa Depan Liga Bolasepak Malaysia

Akhir-akhir ini di dada akhbar ada membicarakan teentang masa depan bolasepak dan Liga Bolasepak Malaysia.

Pada pendapat saya sememangnya masa depan Liga Bolasepak Malaysia agak samar memandangkan sambutan yang agak kurang menggalakkan di stadium-stadium negeri terutama ketika kempen Piala Malaysia sedang berjalan sekarang.

Kita dapat lihat hanya segelintir sahaja peminat bolasepak samada pasukan negeri ataupun kelab yang bertanding datang memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Senario ini jelas menunjukkan bahawasanya peminat masa kini sudah mula cenderong kepada aktiviti-aktiviti sukan yang lain yang disediakan, lebih meminati atau mengikuti liga bolasepak luar negara disamping lunturnya semangat patriotism kepada liga atau pasukan negara.

Pada era enam puluhan dan tujuh puluhan kita sedia maklum tidak terdapat banyak kemudahan sukan yang diberi atau disediakan kepada kita melainkan bolasepak. Sejak diperkenalkan Piala Malaysia atau Piala Malaya sebelum perang dunia kedua, sukan bolasepak telah berkembang di seluruh negara dan juga Singapura. Di pekan pekan kecil dan dikampung-kampung turut mempunyai pasikan bolasepak masing-masing dan dimainkan pada setiap hari. Impaknya dapat dilihat apabila berlangsung pertandingan Piala Malaysia, walaupun pada ketika itu perlawanan hanya disiarkan melalui radio sahaja, namun sokongan yang diberikan begitu menggalakkan.

Tetapi senario itu, telah berubah sekarang kerana di kampong atau di pekan keadaan ini telah berubah dan sukar untuk melihat perlawanan melibat pasukan-pasukan seperti ini. Di bandar-bandar anak muda telah beralih kepada sukan lain seperti futsal dan lain-lain.

Orang ramai pada ketika ini, lebih meminati dan menonton perlawanan bolasepak luar negara. Ini disebabkan mereka sentiasa terdedah kepada siaran-siaran satelit pada bila-bila masa menyiarkan pelawanan atau siaran langsung dan dibiayai oleh penaja-penaja besar. Ini juga antara sebab yang mengikis semangat kenegaraan dalam sukan bolasepak kerana memandang mutu bolasepak tempatan.

Inilah antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi bolasepak negeri-negeri dannegara masa kini disamping untuk mempertingkat mutu persembahan pasukan bolasepak masing-masing.

Orangramai ingin melihat mutu permainan yang berkualiti tinggi dan menghiburkan, sokongan peminat agak sukar sekiranya perkara di atas tidak diberi perhatian.

Apapun kita tetap harus terus memberikan sokong kepada liga bolasepak kita supaya kedudukan ranking negara dapat dinaikkan pada masa akan datang.

2 comments:

aiShaH said...

salah satu punca persembahan bolasepak merosot mungkin tiada sokongan dari penonton.. Kalau di luar negara kita lihat penonton mereka berpusu-pusa menyaksikan perlwnan yang diadakan. Namun di Malaysia senario sebaliknya.. Kena tanamkan minat bersukan dari kecil.. So ibubapa haruslah rajin bawa anak turun padang untuk menyaksikan acara sukan ini

zahari ismail said...

salam a.omar,saya setuju dgn puan aisyah .Ialah sekarang ni semua orang kena mainkan peranan masing termasuk parents, dan juga media. Contohnya, sukan bola sepak kita sekarang dah kurang publisiti, budak-budak lebih terdedah kepada sukan bolasepak dari negara luar dan mereka boleh menghafal satu-persatu nama kelab bolasepak dari luar. Cuba kita tanya nama-nama kelab dari negara kita kepada mereka, saya rasa untuk sebutkan 6 kelab pun belum tentu. Ibubapa juga sepatutnya beriadah bersama family ke stadium-stadium menyaksikan perlawanan bolasepak negara kita, barulah anak-anak akan berminat terhadap bolasepak negara kita di samping dapat mengeratkan sillaturahim sesama family.
Sokongan itu penting, sekurang-kurangnya ada lagi rakyat Malaysia yang sudi memberi sokongan kepada industri bolasepak negara...adios!