Sunday, August 3, 2008

Kesihatan dan Kesihatan Perlu Dijaga

Alhandulillah hari ini saya masih diberi kesihatan oleh Allah untuk membaca blog kawan-kawan yang ada dan mencurahkan idea yang terfikir oleh saya buat masa ni....

Esok saya akan ke HTAR pada jan 8.00 pagi untuk pemeriksaan darah yang saya lakukan routine setiap enam bulan sekali. Sudah hampir 7 tahun saya lakukan perkara ini sejak saya dimasukkan ke wad kerana kandungan cholesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah menjadi sempit...alhamdulillah cuma 6 hari saya duduk di wad.

Waktu itu saya masih lagi mengikuti kursus luar kampus, Kursus Pengurusan Hotel (HM110) di Fakulti Hotel & Pelancongan. Masa tu memang seronok belajar, ikuti pulak kursus food production dan pengurusan restaurant..seronok sangat...nak makan masak aje apa yang kita nak..akhirnya masuk wad sebab tak ada exercise...

Sebelum tu memang saya aktif sukan...banyak jenis sukan saya bolej main..mulanya bolasepak, sampai wakil PPP(sekarang INTEC) dapat naib johan inter kampus 2 kali, lepas tu main basketball, ping-pong..lepas tu dah berumur sikit baru main badminton dan tenis....

Tapi bila mula kuat KLK pada tahun 1997, tinggalkan semua...masa unutk riadah dah kurang dan banyak tumpu pada kuluah dari jam 6 hingga 10 malam....

Sekarang ni alhandulillah, makan pun kena jaga, tak boleh banyak makan makanan berlemak seperti udang, ketam dan lain-lain yang berminyak...terkawal sikit paras kolesterol

Pagi tadi sebelum sarapan sempat pergi sekejap di sebuat farmasi di sebelah Maybank seksyen 18 buat pemeriksaan kolesterol takut besok pergi ke HTAR paras koleterolnya tinggi kena marah dengan doktor...

Di Pusat Kesihatan tu ada juga buat pemeriksaan ni tapi doktor benarkan 6 bulan sekali boleh buat..so pergilah ke farmasi dan bayar sendiri ..itu yang saya buat setiap bulan...

Kepada rakan rakan syang dah over 40 tu saya nasihatkan buat pmeriksaan ni..sangat elok dan berfaedah kita dapat monitor kesihatan kita sepanjang masa..jangan tunggu dah sakait macam saya baru nak jaga....

Jumpa lagi....

4 comments:

zahari ismail said...

Salam A.Omar,
Terima kasih dapat memberikan kesedaran kepada saya melalui tulisan abg yang terkini. Memang kesihatan itu penting bukan sahaja umur yang sudah over 40an, tetapi kepada semua terutamanya saya sendiri... baru ja masuk 30thn saya dapat rasakan badan dah tak macm dulu lgi. Bila bersukan sikit mula terasa sakit-sakit pada bahagian hadapan tulang kering. Saya bertanya dengan kawan-kawan, kata mereka itu tandanya berat badan dah semakin bertambah, impactnya akan terasa pada tulang tadi yang tak mampu menampung berat badan terutamanya yang melibatkan sukan yang memerlukan kita melompat..

Saya akan cuba kurangkan berat badan seupaya lebih ideal selepas ini.

kpd A. Omar, semoga sihat sejahtera, kalau boleh kuruskan badan sikit o.k!

rizal said...

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada abg Omar kerana berjaya menghasilkan artikel tentang kesihatan.. sesungguhnya ini satu informasi yang amat penting untuk tatapan umum khasnya dan kawan-kawan amnya.. Bagi rakan-rakan yang ada masalah kesihatan, contohnya zahari bolehlah terus berhubung dengan abg Omar bagi mendapatkan Khidmat nasihat.. huhu.

aiShaH said...

Bagus bila kita saling ingat- mengingati.. Kesihatan mmg tunggak utama bagi kita menjalankan sesuatu perkara.. Bila umur sudah meningkat mmg banyak penyakit yang akan singgah jika kita tak kawalnya dari muda.. So bukan bila umur dah meningkat baru nak ingat.. dari mudalah kita kena jaga kesihatan..Saya doakan semua semua sentiasa sihat sejahtera

Amar said...

Semalam 7 Ogos 2008, saya pergi ke PPUM sebab ada appointment unutk buat CT Scan dan MRI....Next week 14 Ogos 2008 sekali lagi akan pergi PPUM unutk berjumpa Dr dan ketahui keputusan CT Scan...harap-harap tak ada masalah yang serious..
Saya ingat lepas ini kita kena tukar tabiat makan dan penjagaan kesihatan kita....saya tengok kita samada di pejabat (mesyuarat) atau kursus yang dianjurkan, function diluar lebih tertumpu pada makan dan minum..Cuba kita adakan aktiviti riadah sebalah pagi sebelum mulakan apa-apa program atau sebelah petang selepas program dan ini diwajibkan.....kemudian kita buat kajian atau soalselidik..rasanya kita akan dapat keputusan yang kita kehendaki...selain itu mengkin ia akan dapat reducu kos perubatan apabila semua kakitangan atau pelajar sihat-sihat hasil dari program seperti ini....

fikir-fikirkan ..gerimis senja...