TIDAK terlintas dalam kotak fikiran Lee Chong Wei bahawa dia akan menerima gelaran Datuk selepas berjaya menyumbang pingat perak untuk kontinjen Malaysia dalam acara badminton Sukan Olimpik, baru-baru ini. Tetapi, ia adalah satu hakikat kini apabila jaguh perseorangan negara itu bakal menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang itu pada 30 Ogos ini sebagai pengiktirafan ke atas keringatnya di temasya terbesar dunia itu.
Selain dari itu, Lee Chong Wei menerima ganjaran RM300,000 daripada Kerajaan Pusat, semalam di atas kejayaannya. Dia juga memperoleh pencen RM3,000 sebulan sepanjang hayat berkuatkuasa bulan depan.
Chong Wei berkata dia berjanji akan terus berusaha untuk mengharumkan nama negara dalam sukan badminton dalam setiap kejohanan yang disertainya nanti. Chong Wei berkata dia berjanji akan terus berusaha untuk mengharumkan nama negara dalam sukan badminton dalam setiap kejohanan yang disertainya nanti.
Pada saya pemberian ganjaran dan gelaran Datuk yang akan diberikan memang sepatutnya diberikan atas kejayaan beliau, tetapi tentang ppemberian pencen sebanyak RM 3,ooo sebulan rasanya tak kena pada masanya. Sepatutnya pencen ini diberi apabila beliau telah sudah tidak bermain bermain badminton lagi, namanya pun pencen..maksudnya lepas bersara la.....saya jadi tak faham kerana sekarang dia masih lagi bermain dan pelbagai elaun diterima dan ditanggung oleh BAM.
Tak tahu lah kalau ada agenda yang lain, jadi kita kena rasional dan kaji perkara ini...fikirkanlah
Tidak Punya Kasut Baru
9 years ago