Sunday, August 10, 2008

Sukan Olimpik: Daniel buat rekod, Cai Lin 'tenggelam'


Sejak Sukan Olimpik bermula pada 8 Ogos lalu, kita telah diperlihatkan dengan pelbagai keputusan acara-acara yang dipertandingkan, baik peserta negara kita dan juga peserta negara-negara lain.
Bagi acara badminton, angkat berat, renang, memanah dan lain-lain nampaknya menunjukkan prestasi yang agak baik walaupun ada yang tewas di peringkat awal.
Bagi atlit yang tewas diperingkat awal ini, bagi saya patut juga berasa bangga kerana mereka ini bertanding di peringkat yang tinggi, dimana memerlukan kekuatan, kecekalan, keyakinan, kemahiran, ketenangan, kepantasan yang amat tinggi.
Untuk acara badminton pasangan Pei Tty-Eei Hui apabila terpaksa akur dengan di tangan pasangan nombor empat dunia dari Korea dengan 21-14, 21-19 di pusingan pertama acara beregu wanita. Tentangan dan saingan yang diberikan amat hebat sebelum tewas..dan inilah semangat yang perlu ada pada setiap atlit negara...
Begitu juga dengan manakala Khoo Cai Lin 'tenggelam' pada aksi sulungnya dalam acara 400m gaya bebas wanita di Sukan Olimpik di Pusat Akuatik Nasional, walaupun sekadar mencatat 4:23.37s dalam saringannya, jauh daripada catatan terbaiknya 4:18.20s. tetapi kemampuan bersaing di peringkat tinggi patutu dicontohi.
Apa yang ingin saya tekankan disini ialah sokongan kita kepada atlit kita yang tewas, kita tidak boleh mempersalahkan mereka kerana mereka telah berusaha sedaya upaya...ada kalanya kita harus bersikap profesional dan rasional dalam menerima keputusan mengecewakan.
Sokongan berterusan amat penting walaupun bukan kepada atlit ini tetapi kepada tunas-tunas muda yang ingin menceburi bidang sukan tertentu...sidah pasti akan menjadi penggalak kepada mereka...tetapi sekiranya kecaman yang dihamburkan kepada mereka setiap kali tewas..sudah pasti ia akan membunuh minat tunas-tunas muda ini untuk terus bergiat dan berjuang dalan bidang sukan negara dan antarabangsa...
Sekurang-kurangnya kita kena hargai segala usaha dan perjuangan mereka...

Fikir..fikir..gerimis senja...

3 comments:

EmBuN PaGi said...

Salam Olimpik En Omar,

heheh...apa pun keputusan yang kita terima, yang pasti atlit kita dah mencuba yang terbaik.

embun pagi

PeNa MaTa BuLaT said...

betul tu abg omar, saya rasa atlit-atlit kita dah beri yang terbaik tapi mungkin nasib tak menyebelahi kita jd kita kenala berusaha lebih kuat..walau mcm mana pun atlit badminton negara Lee Chong Wei dpt msuk ke peringkat akhir so marila kita sokong untuk emas pertama negara...harap-harap dpt la emas...huhuhu...

aiShaH said...

Semua telah berusaha namun bila tidak berjaya itu menandakan bukan rezeki kita lagi. Mungkin banyak benda yang boleh dijadikan iktibar sekembalinya atlit ni dari Beijing