Tuesday, August 5, 2008

‘LEPASKAN MEREKA'

BEIJING: Jika kelab gergasi bola sepak Eropah memenangi kes mahkamah melarang pemain mereka beraksi di Sukan Olimpik Beijing, Presiden Fifa, Sepp Blatter tetap mahukan mereka menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.
Dengan berbaki tiga hari sebelum acara bola sepak lelaki dimulakan, Blatter, semalam, mengatakan bahawa pemain Argentina, Lionel Messi dan dua pemain Brazil, Rafinha serta Diego sepatutnya mewakili negara masing-masing tanpa menghiraukan apa jua keputusan Mahkamah Pengadilan Sukan (CAS).
Selepas Fifa menetapkan pemain perlu diberi pelepasan ke Olimpik, kebanyakkan kelab merayu kepada CAS. Keputusannya akan diumumkan esok, sehari sebelum acara lelaki bermula.

Bagi isu ni saya berpendapat memang kelab-kelab besar ini mempunyai hak untuk menghalang pemain ini menyertai pasukan negara masing-masing dalam olimpik kerana bimbangkan kemungkinan berlaku kecederaan kepada pemain utama dan akan menjejaskan peluang mereka apabila bersaing dalam liga domestik yang akan bermula tidak lama lagi dan kejuaran Eropah.

Mereka telah mengeluarkan pelaburan yang banyak, dan sekiranya pemain ini tercedera pasukan mereka akan terkandas di pusangan awal kemungkinanya disamping bayaran gaji yang tinggi terpaksa dibayar kepada pemain ini. Pastinya kelab-kelan ini tidak mahu menaggung kerugian.

Bagi Presiden FIFA juga mempunyai pendirian yang betul untuk membenarkan pemain ini mengingkari CAS (Mahkamah Keadilan Sukan) kerana pemain juga mempunyai hak untuk mewakili negara masing-masing cumanya Temasya Olimpik tidak ada dalam kalender utama FIFA sebab ia adalah untuk pemain bawah 23 tahun.

Sebagai pemain sudah pasti akan merasa terhimpit antara majikan dan persatuan tempat mereka bernaung. Pemain pasti akan digantung sekiranya mengingkari arahan daripada kelab dan persatuan induk tersebut. Sekarang terpulang kepada CAS untuk menentukan sebelum temasya olimpik bermula pada hari jumaat ini.

Fikir..fikir...Gerimis senja...

1 comment:

aiShaH said...

Mmg bukan mudah akalu sudah terikat dgn satu-satu pasukan dan kita inginkan pelepasan untuk bermain mewakili negara.. apa-apa pun kena tengok balik kontrak yg di tandatangi